Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Foto Douglas Elliot (TVS)

TERKINI: BN tidak terlibat rundingan bentuk kerajaan dengan PN

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan gabungan itu setakat ini tidak terlibat dalam rundingan rasmi pembentukan Kerajaan Persekutuan bersama Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid berkata, ketetapan Dewan Tertinggi BN ialah mereka hanya akan sertai mana-mana gabungan politik untuk menubuhkan kerajaan berdasarkan Jawatankuasa Rundingan yang dibentuk.

“Jawatankuasa ini (kemudian) akan berunding dengan pihak yang akan membentuk kerajaan.

“Ketetapan dan arahan parti yang diputuskan wajib diikuti oleh semua Ahli Parlimen BN kerana mereka bertanding atas tiket BN.

“Ahli Parlimen BN yang menandatangani akuan bersumpah untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak sah kerana melanggar ketetapan parti serta akuan bersumpah yang ditandatangani oleh mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu,Ahmad Zahid memberitahu, Ahli Parlimen BN akan menghantar akuan bersumpah (SD) mereka mengenai calon Perdana Menteri kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat petang ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi BN berharap agar lanjutan masa dapat diberikan selepas pukul 2 petang seperti ditetapkan sebelum ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan