Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani meninjau pusat pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas semalam.Foto Bernama.

Pasca PRU-15: Bukit Aman jamin ketenteraman awam

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi tempoh pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ketika ini semua elemen telah digerakkan untuk memastikan ketenteraman awam

“Sehubungan itu, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tertentu yang dikesan cuba mengancam keselamatan negara,”katanya menerusi kenyataan media.

Sementara itu, Acryl Sani berkata, proses pembuangan undi semalam berjalan lancar dan berharap tidak ada pihak tertentu yang cuma menggugat ketenteraman awam.

Sementara itu keadaan di sekitar ibu negara dan Putrajaya hari ini tenang selepas PRU-15 yang keputusannya diumumkan sehingga awal pagi tadi.

Awal petang ini, polis melaksanakan beberapa sekatan jalan raya menuju ke Kuala Lumpur di Kota Darul Ehsan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan