Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto:Bernama

PRU-15: PH dakwa peroleh majoriti mudah bentuk kerajaan

ByBernama

PETALING JAYA, 20 Nov: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa gabungan itu telah mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Beliau berkata, PH telah mencapai persefahaman dengan beberapa pihak bagi memperoleh majoriti melebihi 112 kerusi namun tidak mendedahkan rakan kerjasama yang menyokong gabungan itu untuk membentuk kerajaan.

“PH telah membentuk blok terbesar dalam kedudukan kerusi di Parlimen bersama MUDA dan kami mendapati tiada parti lain yang memperoleh majoriti mudah.

“Inilah gabungan pertama daripada blok terbesar yang telah memperoleh jumlah mencukupi untuk bentuk kerajaan dengan suara majoriti,” katanya pada sidang media di sini pagi ini.

Anwar juga menolak kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa gabungan politik itu berjaya membentuk kerajaan.

“Itu tidak terjadi, ia adalah mustahil kerana kami mempunyai angka dan akan memaklumkan kepada Istana Negara,” katanya.

Ditanya bila dokumen pembentukan kerajaan PH akan dihantar ke Istana Negara, beliau berkata, perkara itu akan dibuat sebaik sahaja ia dilengkapkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan