Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada sebarang parti politik yang berjaya meraih undi majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.Foto: Bernama

SPR: Tiada parti raih majoriti

ByDouglas Elliot

PUTRAJAYA, 20 Nov: Tiada sebarang parti politik yang berjaya meraih undi majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tiada mana-mana parti yang memperoleh lebih daripada 50 peratus daripada 219 kerusi yang dipertandingkan.

Terdahulu, kerusi rebutan PRU-15 adalah sebanyak 222, namun keputusan bagi tiga kawasan tidak dapat diumumkan kali ini berikutan penangguhan pilihan raya.

Kawasan tersebut ialah P.017 Padang Serai berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) M. Karupaiya dan P.168 Kota Marudu serta P.220 Baram akibat cuaca buruk.

“Peratus undian bagi Dewan Rakyat adalah 73.89 peratus, tanpa mengambil kira ketiga-tiga kawasan berkenaan” ujar Abdul Ghani dalam satu sidang media.

Setakat 4:30 pagi tadi, Pakatan Harapan (PH) mendahului keputusan dengan 76 kerusi, diikuti dengan Perikatan Nasional (51) dan Barisan Nasional (30).

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) masing-masing memenangi 22 kerusi.

Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang enam kerusi dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) menang lima.

Parti Warisan Sabah (Warisan) menang dengan tiga kerusi, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Bangsa Malaysia masing-masing satu dan calon bebas (2). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan