PUTRAJAYA, 20 Nov: Perikatan Nasional (PN) meneruskan kemaraan di utara apabila turut menguasai Kedah.
Setakat pukul 2.35 pagi ini, PN menang 11 daripada 14 kerusi yang dipertandingkan.
PN menawan Langkawi, Jerlun, Alor Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik, Baling, Kulim Bandar Baharu, Jerai, Padang Terap dan Merbok.
Pakatan Harapan yang menang 10 kerusi pada PRU-14 hanya mampu mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Petani menerusi wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengundian di Parlimen Padang Serai pula ditangguhkan pada 7 Disember depan selepas calon PH, M. Karupaiya meninggal dunia.
Setakat pukul 2.39 pagi, hanya keputusan di Parlimen Kuala Kedah belum diumumkan.
Barisan Nasional (BN) mencatatkan prestasi terburuk apabila gagal menang sebarang kerusi yang ditandinginya. -TVS