Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang kerusi Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri. Foto: TVS

PRU-15: Nancy mahu teruskan kesinambungan pembangunan di Santubong

ByAmirah Shawel

KUCHING, 20 Nov: Pemenang kerusi Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berhasrat untuk menekankan pembangunan dari aspek politik, selain pembangunan infrastruktur asas.

Menurutnya, perkara tersebut akan dibincangkan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah Parlimen Santubong bagi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan itu.

“Saya akan duduk berbincang bersama ADUN saya dahulu kerana kita tidak mahu berlakunya sebarang pertindihan pada perancangan,” katanya kepada media semasa ditemui di Bilik Perang Gabungan Parti Sarawak (GPS) di BCCK malam tadi

Mengulas mengenai kemenangannya di Parlimen Santubong, Nancy berkata, kempennya selama 14 hari telah membuahkan hasil apabila memperoleh majoriti yang besar dan berbaloi.

Kejayaannya juga katanya, adalah hasil usaha ADUN bagi Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni dan ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan yang telah memimpin jentera parti sepanjang berkempen.

Beliau menang dengan undi majoriti 35,669 di kerusi Parlimen Santubong bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Melalui pilihan raya kali ini, Nancy yang bertanding atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membuktikan kreadibilitinya sebagai wakil rakyat meskipun bertukar kerusi dari Parlimen Batang Sadong.

Beliau menang 43,739 undi mengalahkan calon bebas, Affendi Jeman dengan 3,012 undi dan calon parti Pakatan Harapan (PH), Mohamad Zen Peli dengan 5,058 undi.

Jumlah pemilih yang layak mengundi di ParlimenSantubong pada PRU-15 adalah seramai 79,540. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan