Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menang besar di Bera. Foto: Bernama

PRU-15: Ismail Sabri kekal di Bera, menang besar majoriti lebih 16,000

BERA, 19 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengekalkan kemenangannya bagi penggal kelima Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti besar 16,695 undi bagi menewaskan dua pencabarnya.

Ismail Sabri yang mewakili Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang Parlimen itu memperoleh sebanyak 31,762 undi, jauh meninggalkan pencabarnya Abas Awang (Pakatan Harapan-PKR) yang memperoleh 15,067 undi, manakala Datuk Asmawi Harun (Perikatan Nasional-Bersatu) mendapat 12,719 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pengawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum 2018, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang dalam saingan tiga penjuru dengan memperoleh majoriti 2,311 undi, menewaskan calon PKR Zakaria Abdul Hamid yang mendapat 18,499 undi manakala calon PAS Musaniff Ab Rahman memperoleh 8,096 undi. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan