Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS

Henry Sum menang dengan majoriti 5,677

ByOdleen Catherny

LAWAS, 19 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Henry Sum Agong menang kerusi ParlimenĀ  Lawas dengan majoriti 5,677 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini.

Kemenangan ini menyaksikan Henry Sum mempertahankan kerusi itu untuk penggal keenam berturut-turut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan meraih 11,361 undi sekaligus mengalahkan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Baru Bian dengan meraih 5,684 .

Seorang lagi calon bertanding, Japar Suyut yang mewakili Pakatan Harapan (PH) sekadar menerima 1,163 undi.

Jumlah pemilih layak mengundi di sini ialah seramai 33,655 orang berbanding 21,297 pada 2018.

Sebanyak 44 pusat mengundi dibuka di Parlimen ini.

Pada PRU- 14, Henry Sum menang dengan majoriti 6,000 mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon bebas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan