Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRU-15: Pengundian di 11 pusat mengundi di Parlimen Baram digantung

KUCHING, 19 Nov: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini memutuskan untuk menggantung pengundian di 11 Pusat Mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen Baram.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata keputusan itu dibuat ekoran  keadaan cuaca yang tidak baik serta menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

Senarai Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Sekolah Kebangsaan Long Naah – Saluran 1 & 2
  • Sekolah Kebangsaan Long Luteng – Saluran 2
  • RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah – Saluran 1 & 2
  • Sekolah Kebangsaan Long Sait – Saluran 2
  • Sekolah Kebangsaan Long Tungan – Saluran 1 & 2
  • Sekolah Kebangsaan Long Moh Saluran – 1 & 2
  • Sekolah Kebangsaan Long Mekabar – Saluran 1
  • Sekolah Kebangsaan Long Jekitan – Saluran 1 & 2
  • Sekolah Kebangsaan Long Lamei – Saluran 2
  • Sekolah Kebangsaan Lio Mato – Saluran 1 & 2
  • Sekolah Kebangsaan Long Banga – Saluran 1 & 2

“Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian,” katanya menerusi kenyataan media. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan