Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara pengundi yang dihantar ke pusat mengundi menggunakan lori bomba. Foto: TVS

PRU-15: Pengalaman baharu ke pusat mengundi naik lori Bomba

KOTA KINABALU,19 Nov: Seramai 40 pengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Rancangan Belia, Sook, di sini, dihantar ke Pusat Mengundi menggunakan lori Bomba akibat air yang naik ke paras pinggang menyebabkan laluan utama tidak dapat dilalui.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBO) Sook dan Tenom dilaporkan membantu mengambil pengundi dari Simpang Rancangan Belia dan dihantar ke Pusat Mengundi.

Sementara itu, salah seorang pengundi warga emas yang mengundi Parlimen Ranau berkata, saluran bernombor dua, yang dikhususkan untuk warga emas bergerak sangat perlahan.

Pengundi yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kepada TVS diamula berbaris jam 7.30 pagi dan hanya selesai jam 8.19 pagi.

“Bagi saya, saluran ini agak perlahan berbanding dengan saluran lain, saluran lain seperti tiga, empat, lima bergerak dengan agak laju dan mungkin hanya memakan masa lima minit sahaja, namun ada di antara kami, warga emas, yang terpaksa berdiri agak lama untuk menanti giliran.

“Saya agak bernasib baik kerana datang sedikit awal dari yang lain dan dapat menunggu (giliran) untuk mengundi, walaupun demikian, ia tidak langsung melemahkan semangat saya untuk mengundi,” katanya.

Di Sabah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri telah menggunakan 86 helikopter dan 41 bot untuk mengangkut peti undi  dari pusat mengundi yang jauh.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR negeri, terdapat 31,597 individu yang bertugas bagi memastikan operasi berjalan lancar.

Ketua Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, seramai 8,361 anggota polis sedang bertugas hari ini di 7,874 Pusat Mengundi di seluruh negeri.

Beliau berkata, tiada pusat mengundi terjejas teruk akibat banjir setakat 12.30 tengah hari walaupun cuaca mendung dan hujan dilaporkan di beberapa kawasan.

Sementara itu, laporan mengenai banjir di daerah pedalaman Nabawan seperti yang dikongsi di laman sosial masih belum dapat dipastikan kesahihannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan