BINTULU, 19 Nov: Proses pengundian di Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Kidurong II di sini, berjalan dengan lancar.
Menurut Penyelia Pusat Mengundi, Betty Kumari Basir mengatakan jangkaan seramai 4,955 pengundi bagi kawasan itu.
“Jangkaan seramai 4,955 orang pengundi kerana kita telah memecahkan kepada lapan saluran tadi termasuklah golongan belia, dewasan dan warga emas. Memandangkan remaja yang berusia 18 tahun dan ke atas sudah boleh mengundi, kita dapat melihat ada empat saluran untuk belia iaitu 2,704 orang untuk belia sahaja,” katanya.
Pada pagi tadi, penduduk di sekitar Tanjung Kidurong kelihatan bersemangat untuk turun mengundi, seawal jam 7 pagi mereka telah memenuhi ruang pendaftaran atau semakan daftar pemilih.
Terdapat seramai 40 orang petugas yang bertugas di kawasan ini bagi memastikan proses pendaftaran dan pengundian berjalan dengan lancar, sebanyak lapan saluran telah dibuka di pusat pengundian ini.-TVS