Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zulkarnian Shamsudin berkata, dia mahu mempamerkan identiti Melayu kepada generasi hari ini ketika hadir mengundi di Wangsa Maju. Foto Faitullah Morni (TVS)

‘Mat Kilau’ mengundi di Wangsa Maju

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Bagaikan pahlawan Melayu zaman dahulu, seorang lelaki yang berpakaian seperti Mat Kilau dalam filem, mencuri tumpuan di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wangsa Maju Seksyen 2, di sini, hari ini.

Zulkarnian Shamsudin berkata, dia mahu mempamerkan identiti Melayu dan keistimewaan pakaian tradisi itu kepada generasi muda hari ini.

“Saya bangga memakai tanjak ketika mengundi hari ini dan harap ramai lagi di seluruh negara berbuat begini,”katanya ketika ditemui TVS disini, hari ini.

Sementara itu, kerusi Parlimen Wangsa Maju pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan calon bebas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan