Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai hadir menunaikan tanggungjawab mereka mengundi bagi Parlimen Putrajaya sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di pusat pengundian di Sekolah Rendah Agama Al-Najah, Presint 9 hari ini. Foto Bernama.

Hujan tidak halang pemilih Putrajaya keluar mengundi

ByDouglas Elliot

PUTRAJAYA, 19 Nov: Suasana pengundian di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini lancar meskipun hujan pagi tadi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Radzi Jidin merupakan antara yang awal tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Al-Najah, Presint 9 ditemani isteri, Datin Balqis Zakaria pada pukul 8. 20 pagi.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Putrajaya yang juga calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Enny Beatrice tiba di pusat undi SK Putrajaya Presint 9 (1) kira – kira pukul 9.02 pagi.

Seramai 41,426 pengundi biasa di Putrajaya akan memilih enam calon yang menawarkan diri di kerusi ini.

Pada PRU-14, Tengku Adnan menang dengan majoriti 3,372 undi dalam pertembungan tiga penjuru.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMALAYSIA) meramalkan hujan akan berlarutan hingga ke petang di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. -TVS

Ikuti berita terkini mengenai PRU-15 di https://election.tvstv.my

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan