Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan 73 kertas undi pos kepada mereka yang disenarai layak mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sembilan peratus pemilih mengundi setakat 9 pagi – SPR

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Setakat pukul 9 pagi tadi, peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini mencapai sembilan peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Daftar pemilih SPR sebelum ini menunjukkan seramai 20 905 366 pengundi biasa akan memilih 222 Ahli Parlimen di seluruh negara hari ini.

Bagaimanapun pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Disember depan selepas calon Pakatan Harapan (PH) kerusi itu, M. Karupaiya meninggal dunia pada Rabu lepas.

Padang Serai memiliki seramai 133 776 pengundi biasa yang pada mulanya akan turut memilih enam calon bertanding sebagai wakil rakyat mereka hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan