Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rodiah Sapiee, calon muka baharu GPS mempertahankan kerusi Parlimen Batang Sadong. Foto TVS

PRU-15: Rodiyah mengundi bersama keluarga

BySalasiah Safian

SIMUNJAN, 19 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Rodiyah Sapiee turun membuang undi di Pusat Mengundi Dewan Kpg Tanjung Harapan, Simunjan pada jam 7.35 pagi tadi.

Rodiyah yang anggun berkurung biru, berjalan kaki dari rumah ke pusat mengundi bersama ahli keluarganya.

Bapa Rodiyah, Sapiee Bojeng, 64, yang berkerusi roda turut menunaikan tanggungjawab mengundi.

Hanya satu saluran dibuka di Pusat Mengundi, Dewan Kampung Tanjung Harapan yang mana jumlah pengundi yang berdaftar ialah seramai 232 orang.

Pusat Mengundi Dewan Kpg Tanjung Harapan antara yang akan ditutup awal iaitu pada jam 12 tengah hari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan