Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama warga Kabong

Budaya parti dari Semenanjung tidak sesuai di sini – Premier Sarawak

ByFarah Diyana Samsuddin

SARATOK, 18 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi menegaskan pendirian bahawa tidak akan membenarkan parti dari Semenanjung Malaysia bertapak di negeri ini.

Tegas beliau, budaya parti luar ternyata tidak sesuai dengan kemajmukan rakyat di Sarawak serta dikhuatiri menjejaskan keharmonian di sini.

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) ujarnya hanya akan bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi membentuk kerajaan baharu yang stabil demi untuk kepentingan rakyat negeri ini.

“Sejak dahulu lagi kita tidak mahu parti dari Semenanjung datang ke Sarawak. Seperti UMNO nak datang kita kata tak payah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sarawakku Sayang Bahagian Betong di Pentas Utama Sri Kalaka, Saratok, di sini, hari ini.

Menegaskan Sarawak memiliki pendirian serta nekad menguruskan negeri ini dalam acuan sendiri, Abang Johari menekankan budaya di sini tidak akan serasi seperti mereka di Semenanjung Malaysia.

Sejurus majlis, Abang Johari merasmikan Masjid Al-Muhtadin Daerah Saratok yang mula dibina pada tahun 2016 serta siap sepenuhnya pada tahun 2018 dengan kos pembinaan RM10.5 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan