Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MIDF Research jangka pertumbuhan eksport Malaysia akan menyederhana kepada 6.2 peratus tahun ini berbanding ramalan terdahulu iaitu 9.2 peratus. Foto:Bernama.

Cuaca baik diramal pada sebelah pagi di beberapa negeri esok

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi di beberapa negeri, pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok.

MetMalaysia menerusi laman sesawangnya memaklumkan tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi di Kuala Lumpur dan Perlis.

Cuaca di Putrajaya pula dijangka baik pada sebelah pagi dan petang, manakala Melaka dan Labuan diramalkan mengalami cuaca baik, waktu petang.

MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dan hujan dijangka berlaku di kebanyakan negeri pada sebelah petang terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, serta negeri-negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Bagi Sarawak, cuaca diramalkan baik pada sebelah pagi esok, namun hujan di beberapa kawasan pada sebelah petang.

Di Sabah, empat kawasan diramalkan mengalami hujan serta ribut petir pada waktu pagi dan petang iaitu di Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang.

Suhu di seluruh negara diramal sekitar 23 darjah Celcius dan maksimum 33 darjah Celcius sepanjang hari pengundian esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan