Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran membabitkan saluran paip gas SSGP di Long Ugui, Lawas pada Rabu.

SaraWorks buka laluan alternatif di kawasan kebakaran babitkan SSGP

KUCHING, 18 Nov: Kontraktor pembinaan jalan penghubung Sarawak-Sabah membuka laluan alternatif ekoran penutupan sementara kawasan yang terbabit dengan kebakaran saluran paip gas milik Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP) mengorbankan satu nyawa dan mencederakan tiga lagi pekerja pada Rabu lalu.

SaraWorks Sdn Bhd menerusi kenyataan media hari ini berkata mereka berharap orang ramai bersabar semasa penutupan sementara dan memberi kerjasama penuh dalam memastikan lalu lintas selamat dan lancar.

Selain memastikan mewujudkan laluan alternatif, tumpuan SaraWorks kini  adalah kebajikan dan bantuan diperlukan mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden di Long Ugui, Lawas.

Sambil menyatakan rasa kesal, kenyataan itu turut menyebut sub-kontraktor Kimlun Sdn Bhd dan Perunding Irzi akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu.

Mangsa yang terkorban ialah Hadi Wiyono manakala tiga yang cedera Hendrick, Gabriel Meripa dan Jefry Paul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan