Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Nancy Shukri berjabat tangan dengan peserta Miss Tourism International World dari Kazastan Milana Mosharova. Foto: TVS.

40 Finalist Ratu Cantik Miss Tourism International World promosi Lundu kepada dunia

LUNDU, 18 Nov: Seramai 40 Finalis Ratu Cantik Miss Tourism International World 2022/2023 hadir di Dewan Masyarakat Lundu bagi memeriahkan majlis perasmian program “Bringing The World To Lundu”.

Program tersebut adalah sebahagian dari acara untuk mempromosikan Lundu kepada dunia dengan melibatkan finalis Ratu Cantik yang mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Tourism International World 2022/2023.

Pengasas Kumpulan YAST Esther yang juga pengerusi pertandingan, Law Lee Poh berkata, beberapa program telah dirangka bagi memperkenalkan daerah Lundu kepada dunia

“Saya selaku anak jati Lundu mahukan Lundu dikenali dunia dan dengan membawa kumpulan finalis Miss Tourism International ke sini dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dirancang, saya percaya daerah ini akan dapat diperkenalkan.

“Antara aktiviti yang dilakukan adalah meninggalkan kesan tapak kaki peserta ratu cantik di Lundu dan menggunakan pemandangan Gunung Gading di Lundu untuk sesi bergambar, ” katanya.

Yang turut hadir calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan dan Presiden Miss International Tourism, Tan Sri Datuk Danny Ooi.

Turut diadakan persembahan kebudayaan bagi menghiburkan penonton. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan