Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadam kebakaran jengkaut yang terbabit dalam insiden kebakaran saluran paip SSGP dekat Lawas, hari ini. Foto: Bomba dan Penyelamat.

Kebakaran saluran paip gas di Lawas berpunca kerja-kerja pihak ketiga – Petronas

ByOdleen Catherny

LAWAS, 16 Nov: Insiden kebakaran membabitkan Saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP) di Long Ugui dekat sini berpunca daripada kerja-kerja dijalankan oleh pihak ketiga.

Petronas menerusi kenyataan media berkata, pihak ketiga menjalankan kerja-kerja berdekatan kawasan izinlalu (Right-of-Way) SSGP.

“Kerja-kerja tersebut tiada kaitan dengan operasi saluran paip tersebut,” kata kenyataan itu.

Laporan polis telah dibuat dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan.

“Petronas telah menggerakkan pasukan bertindak kecemasan ke kawasan insiden dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal situasi serta memastikan keselamatan komuniti dan kawasan sekitar,” katanya.

Berita berkaitan

Letupan paip gas di Long Ugui, seorang maut tiga cedera

Kebakaran SSGP: JKR arah hentikan sementara kerja pembersihan tapak projek jalan Sabah-Sarawak

Dalam insiden berkenaan, seorang maut manakala tiga lagi pekerja cedera. Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Hadi Wiyono yang cedera Hendrick, Gabriel Meripa dan Jefry Paul.

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada 2.49 petang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan