Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS

Wanita kempunan beli kereta mewah, rugi lebih RM850,000

SIBU, 17 Nov: Hasrat seorang kerani wanita untuk memiliki sebuah kereta mewah terpakai tidak kesampaian malah menanggung kerugian RM850, 901.40 selepas terperdaya oleh penjual kereta tidak wujud menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah SIbu, Asisten Komisioner (ACP) Zuklipli Suhaili berkata mangsa tertarik untuk memiliki sebuah kereta Lexus RX300 Luxury Sunroof model 2019 yang ditawarkan melalui iklan penjualan kereta terpakai dari Singapura melalui Facebook.

Menurutnya mangsa berusia dalam lingkungan 50-an, di sini telah berhubung berurusan melalui aplikasi Whatsapp untuk membeli kereta tersebut sejak awal pertengahan Julai tahun ini.

Katanya kereta Lexus RX300 Luxury Sunroof 2019 itu ditawarkan dengan harga RM37,500 dengan bayaran ansuran RM625 sebulan bagi tempoh lima tahun.

“Pada 14 Julai sehingga 18 Ogos 2022, mangsa telah membuat membuat pembayaran sebanyak RM850,901.40 melalui 170 kali transaksi ke 14 akaun bank bagi pelbagai tujuan.

“Antaranya termasuk pembayaran untuk urusan JPJ, bayaran AP, cukai kastam, bayaran perkhidmatan kontena dan sebagainya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa mula menyedari dirinya telah ditipu selepas mangsa diugut akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membuat urusan pembelian kereta terpakai secara haram oleh ejen penjualan.

Zulkipli memberitahu bahawa kesemua wang yang digunakan untuk pembayaran kereta itu diperolehi daripada wang simpanan, pinjaman daripada rakan-rakan serta pinjaman daripada syarikat pemberi wang pinjaman berlesen.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sehubungan itu, Zulkipli mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan dan membuat semakan dahulu sebelum bercadang untuk membuat pembelian kenderaan secara dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan