Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama Dato Hanifah Hajar Taib ketika Majlis Bergulai Sejalai. Foto: TVS

Kenal pasti industri sesuai untuk Mukah

MUKAH, 16 Nov: Pembangunan Mukah melalui Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) perlu dihalusi bagi mengenal pasti industri yang sesuai untuk dibangunkan.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib berkata, ini bagi mengelakkan pembaziran dari segi kewangan dan sumber, selain menjana pendapatan penduduk setempat dalam jangka masa panjang.

“Sebagai contoh, apabila kita sudah menerajui penanaman padi untuk tujuan bakul makanan. Selepas itu kita mendapati tanah kita tidak sesuai, ini akan mengakibatkan pembaziran peruntukan yang kita boleh gunakan untuk tujuan yang lain yang lebih bermanfaat.

“Kita perlu melaksanakan initiatif yang berkait rapat dengan komposisi geografi kita dan ia perlu memberi impak positif kepada perlaksanaannya, iaitu komuniti itu sendiri,” katanya ketika ditemui TVS selepas majlis Segulai Sejalai di Dewan Masyarakat Balingian hari ini.

Hanifah yang juga Timbalan Menteri untuk Hal Ehwal Sabah dan Sarawak berkata, untuk mengenal pasti aspirasi serta kemahuan para belia di Mukah, sesi dialog akan diadakan pada malam 17 November sebagai pecutan terakhir untuk tempoh kempen beliau.

Majlis itu akan menggabungkan belia di bawah Parlimen Mukah yang terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat, DUN Tellian dan DUN Balingian.

“Saya mahu mendengar dari mereka sendiri apakah isu-isu yang dekat di hati mereka, apa yang kita perlu perbaiki, bukan sahaja kerana perbezaan zaman, malah saya mahu mengenal pasti apa yang kita boleh laksanakan bersama-sama untuk membawa Mukah ke peringkat yang lebih tinggi,” tambah Hanifah.

Beliau juga menyeru semua untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk turun mengundi sebagai bukti sokongan rakyat yang telah berkempen bersama-sama beliau sepanjang tempoh dua minggu yang lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan