Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melancarkan Projek Penyambungan Bekalan Air dari Pangkalan Jawa ke Rumah Jubang di Rumah John Nunong Kelati, hari ini. Foto:TVS

Penduduk Bawang Ubor bakal nikmati bekalan air bersih

LIMBANG, 16 Nov: Lebih 3,500 penduduk di kawasan Bawang Ubor bakal menikmati bekalan air bersih menerusi Projek Penyambungan Bekalan Air dari Pangkalan Jawa ke Rumah Jubang.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek yang menelan kos RM63 juta itu dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan serta dijadualkan siap menjelang tahun 2025.

Menurut beliau projek berkenaan merupakan projek air terawat yang dilengkapi sistem retikulasi akan disambung terus dari Loji Rawatan Air Berawan iaitu akan memanfaatkan 18 rumah panjang termasuk rumah John Nunong Kelati ini serta dua buah sekolah di kawasan berkenaan.

 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Penyambungan Bekalan Air dari Pangkalan Jawa ke Rumah Jubang di Rumah John Nunong, Kelati, hari ini.

“Projek ini dilaksanakan menerusi peruntukan NRDA, dan saya harap projek ini dapat dilaksanakan selewat-lewatnya suku pertama tahun hadapan untuk memudahkan penduduk di sini melakukan kerja-kerja harian mereka,” katanya ketika berucap pada Majli Pelancaran  Projek Penyambungan Bekalan Air dari Pangkalan Jawa ke Rumah Jubang di Rumah John Nunong, Kelati di sini, hari ini.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Hasbi Habibollah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.

 

Menurut Awang Tengah lagi, selain projek bekalan air di Bawang Ubor, NRDA turut melaksanakan projek bekalan air di Medamit dan menghubungken beberapa buah rumah panjang.

 

“Projek air ini juga nanti akan disambung terus dari Loji Berawan, kerana kita sudah menambah kapasiti loji itu dan dilaksanakan oleh Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU),” tegasnya juga mahu Limbang dan Lawas terus membangun menjadi agenda kerajaan membawakan pembangunan dan kemudahan asas di dua Bahagian tersebut.

 

Jelas Awang Tengah, Kerajaan Sarawak telah memperuntukan RM4 bilion untuk bekalan air di Sarawak di bawah projek rakyat.

 

Sementara bagi bekalan elektrik, terutama di kawasan luar bandar pula, kerajaan telah membelanjakan RM2.4 bilion termasuk di Limbang dan Lawas.

 

Untuk rekod, penduduk di Rumah John Nunong ketika ini hanya menggunakan sistem bekalan air graviti  untuk dijadikan sumber air harian mereka.- TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan