Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy, Julaihi, Dr Abdul Rahman dan Azizul merakam kenangan bersama penduduk Kampung Metang Terap. Foto: TVS

Potensi ekopelancongan di Metang Terap

ByFarah Diyana Samsuddin

LUNDU, 15 Nov: Kampung Metang Terap, Lundu berpotensi dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan pada masa akan datang.

Optimis perkara itu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Sri Nancy Shukri mahu membangunkan kampung tersebut dengan membina lebih banyak infrastruktur agar menjadi pintu masuk ke kampung berkenaan nanti.

Menurutnya kemudahan jalan raya sedia ada perlu ditambah baik kerana faktor tersebut adalah permulaan bagi pembangunan lain.

“Justeru, kita perlu membangunkan kawasan ini dengan membina lebih banyak infrastruktur agar jalan perhubungan dapat diwujudkan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) di Kampung Metang Terap, Lundu, di sini hari ini.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Santubong itu juga mendedahkan bermula dari Telok Melano hingga ke Santubong terdapat pelbagai lokasi alam semula jadi yang bernilai boleh diangkat sebagai destinasi pelancongan menarik.

Selain itu kata Nancy sektor ekonomi kawasan tersebut juga mempunyai banyak produk pelancongan untuk ditawarkan kepada pelancong selain kampung tersebut terkenal sebagai perkampungan nelayan yang kaya dengan hasil laut.

“Dengan ini, sama ada saya masih atau tidak memegang portfolio sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya selepas ini Parlimen Santubong masih perlu dibangunkan sebagai salah satu destinasi pelancongan negara ini,” tegasnya.

Terdahulu, majlis dirasmikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N4 Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merangkap Timbalan Menteri Utiliti & Telekomunikasi dan ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan