Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Penyerahan Surat Hakmilik di Dewan Masyarakat Marudi pada Isnin. Foto: UKAS

Kerajaan Sarawak laksana pengukuran lot tanah individu

MARUDI, 15 Nov: Selain memperkenalkan Program Penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu, kerajaan Sarawak juga melaksanakan pengukuran secara lot individu berdasarkan permohonan yang diluluskan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, untuk keperluan itu kawasan tersebut telah pun disukat secara perimeter, diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) dan kesediaan penuntut tanah NCR terbabit.

“Satu sesi dialog akan diadakan dengan penuntut-penuntut tanah NCR yang berkaitan sebelum aktiviti pegukuran bermula. Ianya bertujuan untuk memberi penerangan dan mendapat maklum balas sebelum kerja pengukuran sebenar di lapangan dilaksanakan.

“Pengukuran hanya akan dijalankan setelah mendapat persetujuan dan sokongan penuntut tanah yang terlibat. Jika mereka tidak mahu tanah mereka diukur perimeter, kerja pengukuran tidak akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berucap di Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Di Bawah Seksyen 18 (Long Panai) dan Warta Di Bawah Seksyen 6 (Sg Arang, Sg Buloh, Bakong Dan Sg Kejaman, Miri) di Dewan Masyarakat Marudi di sini pada Isnin.

Tambah Datuk Amar Awang Tengah lagi, bagi kes-kes yang masih dalam pertikaian dan perbicaraan di mahkamah, kerja pengukuran tidak akan dilaksanakan kecualilah kes tersebut telahpun diselesaikan atau ditarik balik oleh mereka yang terlibat.

Sekiranya mahu menyertai Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu ini semula, permohonan baharu perlulah dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Survei.

Pada majlis itu, diserahkan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 KTN bagi kawasan Sungai Arang, Sungai Buluh, Bakong dan Sungai Kejaman, Miri.

Pada majlis itu juga disampaikan beberapa bantuan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabngsa Industri dan Industri dan Pelaburan Sarawak, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak  (MINTRED) dan TEKUN Nasional antaranya bantuan Graduan ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal Vokasional (USTEV) kepada Nurul Fatanah Jameli dan Issac Kiu, Skim Pembiayaan TEKUN Nasional kepada Rabiah Ismail dan Aluint Angat, dan Geran Bantuan Pengusaha Perniagaan Kecil di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak kepada Joel  Lusat.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Baram Dato Anyi Ngau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan