Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Pentadbiran Kerajaan Tanjung Manis hari ini. Foto: TVS

Kemudahan Lapangan Terbang Tanjung Manis akan ditambah baik

TANJUNG MANIS, 15 Nov: Kerajaan Sarawak akan menambah baik kemudahan di lapangan terbang Tanjung Manis sebagai usaha untuk menggerakkan pembangunan di kawasan itu khususnya dalam sektor ekopelancongan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha itu juga bakal memperkasakan potensi ekonomi tanjung manis selaras dengan kewujudan pelbagai kemudahan terkini yang disediakan oleh kerajaan.

“Kita akan memanjang laluan, bukan terminal dan pendekatan kepada terminal, kerana kita berkehendakkan bomba dan juga prasyarat untuk kita mengendalikan lapang terbang.

“Secara keseluruhan projek ini akan bernilai antara tujuh hingga 15 juta ringgit dan ini akan menjadi akses kepada tanjung manis dan juga kawasan Rajang Delta merangkumi bukan saja pelancongan tetapi juga perniagaan kerana kita membuat kapal dan juga kita akan menjayakan sektor pertanian moden,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Pentadbiran Kerajaan Tanjung Manis, di sini, hari ini.

Tambah beliau, pelan pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di Tanjung Manis merupakan sebahagian usaha kerajaan menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat di kawasan itu dalam tempoh jangka panjang.

Bagaimanapun katanya, perubahan Tanjung Manis tidak berlaku dalam sekelip mata sebaliknya melalui pelbagai fasa dan cabarannya yang tersendiri.

“Sebab itu mesti ada jaringan ketersambungan dari sudut infrastruktur ini seterusnya mendatangkan manfaat kepada ekonomi pertanian selain daripada perdagangan karbon yang saya sebutkan tadi dan diikuti manfaat sudut pelancongan. Maka di sini akan menjadi hab,” tambah beliau.

Menyentuh mengenai cadangan untuk industri perkapalan, Abang Johari memberitahu, industri itu sudah pun wujud di Paloh.

“Sudah ada (industri perkapalan) di Paloh, kita sudah mempunyai syarikat (di sini) dan tempatan juga yang telah mengusahakan untuk membaiki kapal dan membuat kapal sudah ada dekat Paloh.

“Jadi dengan adamya pembangunan Jambatan Paloh, Jambatan Batang Lassa dan Sarikei, Jalan Pasi, kita bangunkan termasuklah Igan, keseluruhan Rajang Delta akan menjadi satu wilayah yang akan memberi suntikan Keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang disebut dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS),” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan