Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (tiga dari kanan) bersama isteri, Puan Sri Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Ahmad Shah (dua dari kanan) hadir mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tun Hussein Onn di sini hari ini. Foto Douglas Elliot (TVS)

Tentera bantu SPR sekiranya banjir pada 19 Nov – Panglima

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya berlaku banjir pada hari pengundian Sabtu ini.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ketika ini kesemua aset dan anggotanya berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi berdepan sebarang kemungkinan.

“Kita bersiap sedia di barisan hadapan untuk membantu SPR,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir mengundi sempena hari pengundian awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tun Hussein Onn di sini hari ini.

Turut mengundi bersama Affendi ialah isterinya, Puan Sri Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, beliau turut berpuas hati dengan peratusan anggota ATM yang keluar mengundi setakat ini.

“Anggota ATM memberi respon yang positif dan jumlah peratusan yang keluar mengundi setakat ini menggalakkan.

“Saya berharap kesemua akan mengundi kerana cuaca baik hari ini yang melancarkan lagi urusan pengundian,”katanya.

Sebanyak 146,737 anggota ATM dan pasangan berdaftar sebagai pengundi awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di 153 pusat pengundian di seluruh negara yang diwartakan oleh SPR. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan