Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Simunjan, ASP Honchin Ludu menjadi pengundi pertama yang tiba di Pusat Pengundian Awal Parlimen Batang Sadong bergambar bersama Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Wong Tee Kue. Foto: Salasiah Safian (TVS).

Dua saluran dibuka di Pusat Pengundian Awal Batang Sadong

BySalasiah Safian

SIMUNJAN, 15 Nov: Pusat Pengundian Awal bagi Parlimen Batang Sadong dibuka tepat pada jam 8.00 pagi ini.

Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan, ASP Honchin Ludu menjadi pengundi pertama yang mengundi untuk Saluran 1.

Terdapat dua saluran dibuka iaitu Saluran 1 untuk IPD Simunjan dan Saluran 2 untuk Polis Gedong.

Jumlah keseluruhan pengundi untuk undi awal di Parlimen Batang Sadong adalah seramai 105 orang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Wong Tee Kue meminta anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka.

“Minta semua anggota turun mengundi menunaikan tanggungjawab dengan penuh semangat dan jangan datang di saat terakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Pusat Pengundian Awal Parlimen P.200 Batang Sadong di Bilik A Surau IPD Simunjan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan