Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PPS Taman Malihah Dinaiki Air, Mangsa Dipindahkan ke PPS Baharu

ByConnie Grace

KUCHING: Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Sekumpulan 209 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Taman Malihah di sini terpaksa berpindah sekali lagi selepas  PPS itu dinaiki air dalam kejadian pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak Mohtar Samat berkata mereka yang membabitkan 48 keluarga itu dipindahkan ke PPS baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Sungai Tengah.

“Mereka dipindahkan sebaik sahaja dewan itu dikenal pasti tidak selamat digunakan. Ini kali pertama kejadian ini berlaku sejak dewan tersebut dijadikan PPS dan sememangnya diwartakan sebagai lokasi petempatan sementara mangsa banjir,” kepada Bernama ketika ditemui di PPS itu hari ini.

“Sudah bertahun dan berpuluh kali dewan ini digunakan untuk mangsa banjir berteduh namun kali ini ia mendatangkan sedikit cabaran kepada semua mangsa dan anggota yang terlibat antaranya APM, bomba, Rela, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mencari PPS yang baharu,” tambahnya.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Kasmawati Ram, 29, berkata dia terkejut dengan kejadian tersebut yang berlaku semasa dia dan anak-anaknya sedang tidur.

“Saya terjaga selepas kaki terasa sejuk terkena air dan terus kejutkan anak-anak sambil kemaskan barang-barang dan keluar dari khemah Nadma menuju ke atas pentas untuk berlindung,” kata ibu kepada lima anak yang berusia lapan bulan hingga 9 tahun itu.

Seorang lagi mangsa banjir, Meliah Ekram, 62, pula berkata dia agak trauma degnan kejadian tersebut selepas mengharungi detik hampir sama apabila rumahnya di Taman Malihah Fasa 1 ditenggelami air hingga paras pinggang semalam.

“Saya rasa panik kerana ini adalah tempat yang selamat tetapi turut dinaiki air namun dengan bantuan anggota keselamatan yang bertugas di sini, kami semua tenang dan selamat,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan