Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRU-15: MetMalaysia ramal cuaca cerah pada pagi mengundi di seluruh Sarawak

KUCHING, 14 Nov: Cuaca pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 di 31 kawasan Parlimen di Sarawak diramalkan baik pada sebelah pagi, 19 November ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) lagi, namun ribut petir diramal berlaku di 15 tempat di kawasan pada waktu petang.

Menerusi kenyataan hari ini, MetMalaysia berkata kawasan berkenaan membabitkan Parlimen Kanowit, Sibu, Selangau, Hulu Rajang, Sibuti, Baram, Lawas, Igan, Julau, Lanang, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Kawasan Parlimen Mas Gading, Petra Jaya, Stampin, Puncak Borneo, Batang Sadong, Sri Aman, Betong, Tanjong Manis, Sarikei, Santubong, Bandar Kuching, Kota Samarahan, Serian, Batang Lupar, Lubok Antu dan Saratok pula diramalkan hujan.

Suhu diramalkan sekitar 23 darjah Celsius dan maksimum 32 darjah Celsius pada hari berkenaan.

“Jalankan tugas dan penuhi hak anda. Selamat mengundi rakyat Malaysia,” kata MetMalaysia menerusi Facebook rasminya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 November manakala undi awal pada 15 November. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan