Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para peragawati Miss Tourism International 2022 World Final Edisi Ke-25. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Sarawak tuan rumah Miss Tourism International 2022 World Final

KUCHING, 14 Nov: Sarawak sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah pada malam kemuncak Miss Tourism International 2022 World Final Edisi Ke-25 yang membabitkan 40 peragawati dari pelosok dunia akan mengambil bahagian dalam acara berprestij itu.

Acara bertaraf dunia itu sudah bermula sejak 11 hingga 27 November dengan malam kemuncak diadakan pada 25 November di Hotel dan Pusat Konvensyen RAIA, Kuching.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kreatif Industri dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Hii Chang Kee yang mewakili Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, edisi kali ini yang bertemakan ‘Bringing The World To Sarawak,’ disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kreatif Industri dan Seni Persembahan Sarawak.

“Miss Tourism International sentiasa mempromosikan persahabatan, budaya, dan pelancongan di mana Sarawak sememangnya tempat yang sesuai diperkaya dengan unsur-unsur ini.

“Sarawak memiliki  kekayaan warisan budaya, penuh dengan keajaiban alam semula jadi untuk diterokai, dan masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya hidup dalam harmoni dengan hati terbuka yang sentiasa bersedia untuk mengalu-alukan pelawat dari seluruh dunia.” katanya pada sidang media Miss Tourism International 2022 World Final Edisi Ke-25 di Hotel dan Pusat Konvensyen RAIA hari ini.

Hadir sama Pengerusi Penganjur, Esther Law Lee Poh dan Presiden Miss Tourism International,Tan Sri Datuk Danny Ooi.

Menurut Pengerusi Penganjur, Esther Law Lee Poh, tema pada edisi kali ini adalah ‘mempromosikan pelancongan, kebudayaan dan persahabatan’.

“Mereka akan dibawa ke beberapa kawasan tarikan pelancongan untuk tujuan lawatan promosi seperti di Kuching, Lundu dan Bau.

“Istimewanya nanti adalah para peragawati akan menanam tiga spesis pokok termasuklah ‘International Palm Print Impression Wall’ dan ini adalah bagi mewujudkan Taman Persahabatan Antarabangsa buat kenang-kenangan mereka di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya di Unity Park, Reservoir Park Kuching,” tambahnya lagi.

Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah adalah pada tahun 1994 dan pada ketika itu dimenangi oleh Michelle Leigh Holmes dari Australia.

Tiket masih lagi tersedia untuk Malam Kemuncak pada 25 November, untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Nurhaya Hasbi di talian 012-4426012. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan