Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohammad Razi merakam kenangan bersama para pemenang

BizFund belanja RM9.3 juta bantu usahawan Sarawak sepanjang pandemik

ByFarah Diyana Samsuddin

SARATOK, 13 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti membelanjakan RM9.3 juta untuk membantu 3,350 usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sepanjang pandemik Covid-19.

Timbalan Menterinya, Mohammad Razi Sitam berkata peruntukkan berkenaan disediakan oleh kerajaan negeri menerusi Dana Pemerkasaan dan Pemulihan Perniagaan (BizFund).

“BizFund ialah bantuan kewangan untuk persatuan perniagaan Sarawak untuk menganjurkan program pembangunan kapasiti dan pembangunan perusahaan untuk ahli mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Jum Regista Bisnes Daerah Saratok di Dewan SJK (C) Min Syn, Saratok di sini, pada Sabtu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu lagi BizFund telah berjaya menganjurkan sebanyak 84 program berasaskan perniagaan setakat ini.

Selain inisiatif berkenaan, Mohammad Razi memberitahu bagi memperkasakan PKS di seluruh negeri kementeriannya turut menyediakan pelbagai program yang melibatkan para usahawan termasuk Program Jum Regista Bisnes; yang sedang berlangsung di seluruh negeri.

Beliau mendedahkan antara program lain adalah Program Keusahawanan Digital, Youtubing, Social Media dan Creative Content Courses; Program Asas Keusahawanan : Basic Accounting and Business Courses; Program Keusahawanan Teknikal : Pembungkusan Produk dan Penjenamaan; Pensijilan Pengendalian Makanan; Bazaar Rakyat Online Sarawakku Sayang (BROSS) dan Promosi Produk melalui media massa seperti TV Sarawak dan Media Prima.

“Secara keseluruhannya kesemua program ini telah membantu lebih daripada 29,000 usahawan melalui bantuan kewangan, pembangunan kapasiti dan program promosi produk,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan