Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-6 Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) malam tadi. Foyo: TVS

Kota Samarahan alami limpahan pembangunan sehingga tahun 2030

ByNazirah Adlina

KUCHING, 12 Nov: Kota Samarahan yang merupakan bahagian kelapan di Sarawak  akan mengalami limpahan pembangunan dalam jangka masa tahun tahun sehingga tahun 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, limpahan pembangunan itu bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang bergaji tinggi serta menerima ramai pakar serta ahli saintis melalui projek-projek pembinaan Pusat Rawatan Kesihatan yang dilaksanakan di kawasan tersebut.

“Ini menyebabkan Kota Samarahan menerima lebih banyak penduduk, pelbagai projek perumahan akan dibina bagi menampung pertambahan penduduk di mana masyarakat akan membeli rumah yang dibina tersebut,” kata ketika berucap  di Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-6 Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) di sini, malam tadi.

Menjelas lanjut, katanya,pertambahan penduduk ini menjadi faktor wujudnya isu kesesakan lalu lintas dan kerajaan negeri kini dalam usaha menangani isu tersebut dengan bakal membina lampu isyarat pintar serta membesarkan jalan raya Kota Samarahan – Kuching.

“Namun, ini hanya solusi sementara, kita memerlukan sebuah pelan untuk menangani kesesakan trafik di jalan utama Kota Samarahan ke Kuching tersebut,” ujarnya.

Jelas beliau, jalan tersebut akan terus ke kawasan Tanjong Bako dan dari Tanjong Bako ia akan sampai ke jambatan Sejingkat.

Tambah Abang Johari lagi, kerajaan turut merancang untuk menubuhkan sebuah pelabuhan yang bakal menghubungkan Jalan Pesisir ke kawasan Tanjong Bako. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan