Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon GPS kerusi Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. Foto:TVS

PRU-15: Pilihan raya penentu hala tuju negeri, rakyat

DARO, 12 Nov: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) amat penting buat rakyat Sarawak kerana ia menentukan hala tuju negeri dan rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang, kata  Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Justeru, katanya, pengundi khususnya golongan muda mesti membuat pilihan tepat semasa menunaikan tanggungjawab mengundi pada 19 November ini.

“Tugas rakyat pada 19 November nanti bukan perkara biasa atau dipandang remeh sebaliknya meletakkan GPS sebagai pilihan utama dan tepat demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini.

“Anda semua tahu, memilih kerajaan bukan seperti kita menukar baju atau kasut jika salah beli. Jika kita salah beli, akhirnya kita yang rugi, begitu juga dengan mengundi, semai dalam sanubari kita dengan memilih GPS kerana itu pilihan tepat,” katanya semasa mengadakan Program Ziarah Rakyat di beberapa kampung sekitar Igan.

Ahmad Johnie yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, GPS merupakan parti gabungan anak Sarawak yang memperjuangkan hak dan keistimewaan Sarawak.

“Parti dari luar tidak tahu aspirasi anak-anak tempatan, justeru golongan muda diingatkan tidak terpengaruh propaganda pihak tertentu yang mahu merosakkan perpaduan dan keharmonian negeri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan