Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) membantu meringankan beban rakyat

BKSS ringankan beban rakyat

ByNazirah Adlina

KUCHING, 12 Nov: Beban yang ditanggung golongan terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 sedikit sebanyak menjadi ringan dengan adanya keprihatinan kerajaan Sarawak menyediakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) digunakan keluarga yang layak menerimanya untuk menampung pelbagai kegunaan.

Bagi seorang peniaga kecil-kecilan, Besut Kipli, wang BKSS diterimanya dimanfaat untuk membeli kasut sekolah anak-anak.

Wanita ini tidak dapat mencari nafkah bagi membantu suaminya menyara keluarga susulan pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ketika itu.

“Alhamdulillah…selepas saya menerima bantuan tersebut, ia dapat digunakan untuk membeli kasut sekolah anak sebab saya bukanlah orang yang bekerja dengan kerajaan, saya cuma berniaga,” katanya kepada TVS.

Sementara itu, seorang penjaja buah di Pusat Penjaja Serian, Sion Nyano, menzahirkan rasa syukur di atas bantuan kerajaan Sarawak.

“Sebelum ini walaupun keperluan bagi anak bersekolah ada, tetapi tidak mencukupi dan saya tidak boleh berniaga akibat PKP.

“Jadi duit itu (BKSS) saya gunakan untuk membeli keperluan anak bersekolah seperti beg sekolah, kasut dan selebihnya, saya gunakan untuk membeli barang makanan,” jelasnya.

Kerajaan Sarawak melaksanakan sembilan pakej BKSS bernilai lebih RM6.7 bilion semasa rakyat terkesan akibat pandemik COVID-19. 

Bantuan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak.-TVS

Tags: #serian, BKSS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan