KUCHING, 10 Nov: Para pengundi dikehendaki meninggalkan telefon bimbit di meja Ketua Tempat Mengundi.
Ini bermakna pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Ini adalah langkah keenam daripada 10 Langkah Pengundian yang dimuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi infografik pada Facebook rasminya pada Rabu.
Dalam langkah kesembilan infografik itu, pengundi dibenarkan mengambil semula telefon bimbit selepas mengundi di meja Ketua Tempat Mengundi sebelum keluar dari tempat mengundi.
SPR menetapkan tarikh mengundi pada 19 November manakala tarikh undi awal pada 15 November. -TVS