Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap dalam sidang media selepas pelancaran SMD semikonduktor di Kampung Digital TEGAS. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Industri pembuatan cip bakal buka peluang pekerjaan bernilai tinggi

ByMuqri Aziz

KUCHING, 9 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis pembangunan industri pembuatan cip di negeri ini akan membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi.

Menurut beliau industri pembuatan cip ini berupaya membawa pulang anak Sarawak yang bekerja di luar negara bagi membantu membangunkan reka bentuk cip nanti.

“Golongan profesional turut terlibat dalam reka bentuk cip termasuk cendekiawan yang kini bekerja di Singapura dan Amerika Syarikat,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran SMD semikonduktor di Kampung Digital TEGAS, di sini, hari ini.

KDNK Sarawak dijangka mencecah rm82 bilion pada 2030

Selain itu, Abang Johari mendedahkan inisiatif Sarawak turut disokong oleh pihak universiti susulan reka bentuk cip akan berubah mengikut peredaran masa.

”Kita perlu pantas mengejar masa agar selari dengan tuntutan industri,” tegas beliau memberi bayangan selain kenderaan reka bentup cip dalam peranti seperti telefon pintar dan kamera juga sentiasa akan berubah berdasarkan tren dan permintaan semasa.

“Kita semua dapat melihat bahawa reka bentuk kamera telah berubah banyak kali dari reka bentuk yang besar dan berat hinggalah reka bentuk siaz yang kecil. Ini kerana cip di dalam kamera ini telah berubah, dan ia akan terus berubah terutamanya apabila dunia menggunakan teknologi hijau,” jelasnya.

Mengakui pembinaan industri berkenaan merupakan langkah pertama kerajaan Sarawak menceburi bidang industri penghasilan semikonduktor, Abang Johari sekali lagi meyakini kejayaan Sarawak nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan