Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Henry Sum Agong dan Datu Ismawi Ismuni pada Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Jambatan Baharu Bandar Lawas di Lawas pada Selasa. Foto RECODA

PRU-15: Lawas dilimpahi projek besar

BySuara Sarawak

LAWAS: Banyak projek besar sudah dilulus untuk dilaksanakan di Lawas selain daripada pembinaan Jambatan Baharu Bandar Lawas. 

Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong memberitahu, siapnya projek jambatan bernilai kira-kira RM150 juta ini nanti akan menambah seri bandar Lawas. 

“Bukan satu projek jambatan itu sahaja, tetapi ada projek besar lain yang sudah diluluskan oleh kerajaan termasuk lapangan terbang, jalan ke Ba’ Kelalan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). 

“Ini menggambarkan Kerajaan Sarawak dan Persekutuan betul-betul ingin membawa pembangunan,” katanya bercakap pada Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Jambatan Baharu Bandar Lawas yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini, semalam. 

Sebab itu juga sebelum ini katanya, kerajaan mewujudkan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) demi mempercepatkan pembangunan di kawasan utara Sarawak. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA)

Datuk Ismawi Ismuni turut mengakui projek jambatan tersebut bakal merancakkan pembangunan di Lawas termasuk di kawasan NRDA. 

“Ia diyakini akan memberikan impak besar dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat. 

“Dan Recoda sebagai agensi pelaksana akan memastikan projek siap mengikut jadual, skop dan standard yang telah ditetapkan dipatuhi oleh kontraktor,” ujarnya. 

Jambatan Baharu Bandar Lawas yang dilaksanakan oleh Pekerjaan Piasau Konkrit (PPK) dijangka siap dalam tempoh 32 bulan, iaitu bermula 26 Mei 2022 dan dijangka siap 25 Januari 2025. 

Status terkini mendahulu jadual dengan 2.3 peratus siap. Projek melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 642 meter dengan lebar 12.4 meter dilengkapi empat menara gerbang, kabel gantung bersama lampu hiasan dan jalan masuk 1.1 kilometer. 

Jambatan ikonik yang diilhamkan Awang Tengah yang juga Pengerusi NRDA akan menjadi mercu tanda baharu bagi bandar Lawas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan