Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah ketika ditemui TVS pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Mengatai Limbang. Foto: Akma Salleh (TVS)

Jangan salah ‘conteng’ 19 November nanti – Hasbi

ByAkma Salleh

LIMBANG, 8 Nov: Jangan salah ‘conteng’, itu kata calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah yang mengingatkan rakyat supaya turun menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November nanti.

Menurutnya, rakyat perlu peka dalam membuat pilihan tepat bagi memastikan kestabilan politik berterusan.

“Kita semua sudah sedia maklum 19 November ini adalah hari mengundi, jadi apa yang saya harapkan adalah supaya rakyat memilih bakal pemimpin yang berwawasan dan mempunyai visi dan misi yang jelas demi manfaat semua,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Babai baru-baru ini.

Datuk Hasbi Habibollah ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Babai baru-baru ini. Foto: Akma Salleh (TVS)

Tegas Hasbi, rakyat perlu berwaspada supaya laungan ‘hari ini kita menang, esok harga minyak turun,’ serta semua janji manis tidak berulang.

Justeru rakyat perlu bijak memilih parti termasuk tidak memilih parti yang berdepan masalah seperti kejatuhan pimpinan kerajaan sebelum ini.

“Sebelum ini, mereka berjaya menghasut dengan janji-janji manis, termasuklah ‘hari ini kita menang esok harga minyak turun’ dan banyak lagi, itu kata mereka, tapi kita nak, rakyat bijak kerana kita tidak mahu rakyat ditabur dengan janji-janji manis sahaja,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan