Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy diiringi Dr Abdul Rahman serta jentera PBB Pantai Damai menemui warga Parlimen Santubong di Bandar Baru Samariang

Lagenda Santubong berpotensi jadi produk pelancongan domestik

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 8 Nov : Kisah lagenda di Santubong berpotensi menjadi produk pelancongan domestik yang menarik kedatangan orang luar ke kawasan yang digelar ‘negeri Melayu tertua di dunia’ itu.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berkata pihaknya akan menggiatkan lagi promosi berunsur sejarah dan lagenda yang ada di kawasan yang disandangnya kini.

“Kita menekankan pelancongan domestik dan untuk itu, kita perlu memperkenalkan kawasan berpotensi yang ada di Santubong untuk dilawati seperti Makam Sultan Tengah, kampung-kampung di situ serta Gunung Santubong itu sendiri yang menyimpan seribu satu kisah lagenda Puteri Santubong dan Sejinjang serta pelbagai lagi tarikan lain termasuk di Telok Melano,” katanya.

Nancy dan Dr. Abdul Rahman menemui warga Parlimen Santubong di Bandar Baru Samariang.

Nancy yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara memasuki hari keempat proses kempen bagi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) Nancy mendedahkan pendekatan bersemuka dan beramah mesra diamalkan beliau untuk mendekati masyarakat di parlimen Santubong.

“Saya senang dengan pendekatan santai berjumpa pengundi memandangkan saya perlu mengenali mereka dengan lebih dekat,” ujarnya aktiviti hari ini dimulakan dengan bersarapan pagi dengan penduduk di Bandar Baru Samariang.

Nancy menekankan bersemuka dengan masyarakat setempat akan mewujudkan jalinan kemesraan dan hubungan lebih akrab.

“Saya ingin mengenali pengundi di Santubong meskipun ramai juga yang telah saya kenali. Contohnya pada Ahad lalu, semasa acara Regatta di tebingan Kampung Gersik, Boyan dan Sourabaya,” ujarnya.

Melahirkan keterujaan susulan berpeluang berjumpa semula dengan masyarakat setempat menurut Nancy malahan kehadirannya turut dikenali generasi muda.

“Say gembira dapat bertemu dengan adik kakak, rakan sekolah serta jiran-jiran kampung saya serta anak-anak kecil pun menegur saya,” katanya lagi.

Terdahulu, aktiviti berkempen Nancy turut disertai ADUN N4 Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merangkap Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan