Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Manifesto GPS membela hak dan keistimewaan Sarawak bahkan menjanjikan pembangunan berterusan. Foto: Odleen Catherny (TVS)

Masyarakat Lawas terima baik manifesto GPS

LAWAS, 9 Nov : Rakyat melihat manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan sahaja membela hak dan keistimewaan Sarawak bahkan menjanjikan pembangunan berterusan.

Tinjauan TVS hari di sekitar perkampungan Long Tuma rata-rata mendapati penduduk menerima baik manifesto GPS pada PRU-15 ini.

Antara teras yang sinonim dengan penduduk di kawasan berkenaan adalah usaha mentransformasikan kawasan luar bandar, kampung dan rumah panjang.

Helen Lingi, 51, menyatakan keterujaannya untuk melihat pembangunan yang bakal dibawa di Lawas selepas ini sekiranya GPS menang pada PRU-15 kali.

“Kita memang menginginkan kemajuan yang kemudiannya akan dapat dinikmati bukan sahaja kita tetapi sehinggalah ke anak cucu kita, generasi kita yang akan datang. Kami di Lawas mengharapkan pembangunan itu akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Sementara Ketua Kaum Kampung Tok Dayang, Angela Makie Labak, 61, percaya manifesto yang juga merupakan aku janji GPS mampu meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar secara keseluruhannya.

“Manifesto ini secara langsung akan dapat menolong membangunkan kampung-kampung, sekali gus menaik taraf kehidupan penghuninya. Saya berpendapat manifesto ini benar-benar dapat membantu kawasan kampung khususnya di luar bandar,” ujarnya.

Selain itu, kata Angela pada teras ke-12 GPS menyaksikan keunikan masyarakat Lun Bawang di Lawas diberi perhatian menerusi tujuan merancakkan pembangunan sektor pembuatan, perkhidmatan, pelancongan dan industri kreatif untuk memacu ekonomi Sarawak.

“Teras ini dilihat sangat sesuai kerana penduduk di Lawas kebanyakannya mengusahakan kraf tangan dari manik seramik, pakaian tradisional dan sebagainya sebagai sumber pendapatan,” jelasnya.

Penghulu Kawasan Lawas Damit, Davis Parag Udan, 71, berharap dengan usaha itu, budaya masyarakat Lun Bawang akan dapat diperkenalkan dengan lebih meluas lagi.

“Kita juga ingin memantapkan kebudayaan kita sebagai salah satu identiti bagi kaum Lun Bawang kita harus ada hasil yang dapat ditunjukkan kepada masyarakat luar bahawa kita adalah satu suku kaum yang ada keunikan budaya tersendiri,” jelasnya.

Sementara bagi Nubor Pirit, 60, yang pernah mengusahakan perniagaan kraftangan berasaskan manik seramik mengimpikan agar jualannya itu dapat diperluaskan sehingga ke luar negara.

“Harapan kami pembuat manik seramik ini supaya kerajaan dapat membantu menambah pendapatan atau bantuan agar pengusaha dapat membuat yang lebih baik lagi untuk manik-manik yang kami mahu eksport ke luar negeri atau luar negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan