Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis Sarawak lulus 59 permit ceramah dan kempen PRU-15

KUCHING, 7 Nov: Polis meluluskan 59 permit ceramah dan kempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) setakat 6 Nov di Sarawak.

Jurucakap media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Superitenden Douglas Nyeging Taong yang berkata demikian turut menasihati semua parti politik dan kumpulan penyokong tidak menimbulkan isu-isu sensitif dikhuatiri menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak semasa berkempen. 

“Sejak hari penamaan calon sehingga hari ini secara keseluruhannya, situasi keselamatan di Sarawak terkawal dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 

“Berkempenlah secara berhemah dan patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata sekiranya berlaku sebarang permasalahan, mana-mana pihak dinasihatkan merujuk terus kepada PDRM Kontinjen Sarawak atau Ibu Pejabat Polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan