Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Pelancaran Manifesto GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan Manifesto GPS. Foto: Burhanuddin Kamel (TVS)

Manifesto GPS bukan ‘janji kosong’- Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 7 Nov: Pengumuman manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan janji kosong yang tidak berasas seperti manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, banyak projek yang melibatkan pembangunan di Sarawak yang telah dibatalkan sepanjang pemerintahan parti tersebut ketika menjadi Kerajaan Persekutuan.

“PH telah membatalkan projek di Batang Lupar, Rambungan dan Igan. Apabila GPS ditubuhkan, kita teruskan projek berkenaan dengan dana dan cara kita sendiri.

“Kemudian kita hendak bantu anak muda kita di luar bandar, tetapi Menteri Kewangan (ketika itu) kata bayar hutang dahulu, namun apabila sudah bayar, tiada juga pembangunan untuk sekolah dilaksanakan, ataupun sangat perlahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi.

Sementara itu, menerusi sidang media selepas majlis tersebut, Abang Johari berkata, rakyat Sarawak perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada tempoh pemerintahan PH selama 22 bulan, yang menyifatkannya sebagai pengalaman yang buruk.

“Malah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu sebelum PH turut ditarik balik.

“Pisang jangan berbuah dua kali, kita harus sedar apa yang kita telah hadapi semasa pemerintahan PH yang lalu,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan