Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy bersama Abdul Karim dan Saraya menyempurnakan simbolik pelancaran Festival Gendang Sarawak 2022 di Tebingan Kuching. Foto TVS.

Terap nilai perpaduan, galak pembangunan budaya- Nancy

KUCHING, 6 Nov : Penganjuran program pelancongan budaya disifatkan penting dalam konteks perpaduan selari dengan usaha menggalakkan pembangunan budaya dan meningkatkan industri pelancongan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) di bawah Teras 4 iaitu Pembangunan dan Pengembangan Budaya.

Malah aspek pembangunan dan pengembangan kandungan katanya, merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk memastikan kelestarian seni, budaya dan warisan terpelihara.

“Selain memupuk nilai warisan dan budaya, ia secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara mahupun komuniti, jika dilihat dari aspek pulangan pendapatan atau ROI kepada masyarakat penganjuran Festival Gendang Sarawak sejak 2014 menunjukkan peningkatkan ROI setiap tahun sehingga 2019.

“Program ini tidak dilaksanakan pada 2020 susulan penularan wabak pandemik Covid-19 namun penganjuran edisi ketujuh telah diadakan dengan jayanya pada 2021, ” kata ketika berucap  sempena pelancaran Festival Gendang Sarawak 2022 di Tebingan Kuching.

Untuk rekokd, katanya, Sarawak telah menjana ROI sebanyak lebih RM360,000 berdasarkan kepada jualan kraf tangan semasa penganjuran lalu.

‘’Pada 2021 program ini diadakan serentak dengan penganjuran Citrawarna Keluarga Malaysia sebelum ini, ia merekodkan jumlah kehadiran pengunjung domestik iaitu 135, 389 orang manakala pelancong asing yang datang kira-kira 11,637 orang, ” jelasnya.

Terdahulu Nancy bersama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyaksikan persembahan gendang Melayu daripada beberapa kumpulan dari seluruh Sarawak dan Brunei Darusalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan