KUCHING, 5 Nov: Semua 31 kerusi Parlimen di Sarawak dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pertandingan lima penjuru cuma membabitkan kerusi Parlimen Kanowit yang menyaksikan penyandangnya Datuk Aaron Ago Dagang dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhadapan Mohd Fauzi Abdullah (Pakatan Harapan-PH), Elli Luhat (Bebas), Chen Nguk Fa (Bebas) dan Michael Lias (Bebas).
Pertandingan empat penjuru pula membabitkan lima kerusi, terdiri daripada Parlimen Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Julau dan Lanang.
Untuk Parlimen Serian, penyandangnya Dato Sri Richard Riot (GPS) dicabar Alim Impira (Bebas), Elsiy Tingang (Parti Sarawak Bersatu-PSB) dan Learry Jabul (PH).
Bagi kerusi Serian, calon muka baharu GPS berhadapan Wilson Entabang (PSB), Datuk Masir Kujat (Bebas) dan Tay Wei Wei (PH).
Lubok Antu membabitkan pertandingan antara Tambat@Jugah Muyang (Perikatan Nasional – PN), Dr Johnical Rayong (PSB), Roy Angau Gingkoi (GPS) dan Langga Lias (PH).
Kerusi Julau menyaksikan Suhana Abdullah (Parti Bansa Dayak Sarawak-PBDS), Datuk Joseph Salang Gandum (GPS), Datuk Larry Sng Wei Shien (Parti Bangsa Malaysia – PBM) dan Elly Lawai Ngalai (Bebas).
Berita berkaitan
PRU-15: Tiada calon menang tanpa bertanding, enam pencalonan ditolak – SPR
PRU-15: Proses penamaan calon 31 kerusi Parlimen di Sarawak
Di Lanang pula, pertandingan empat penjuru membabitkan Wong Tiing Kiong (Bebas), Priscilla Lau (PSB), Alice Lau Kiong Yieng (PH) dan Wong Ching Yong (GPS).
Pertandingan tiga penjuru pula membabitkan 17 kawasan Parlimen, manakala dua penjuru menyaksikan lapan kawasan.