Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon GPS, Dato' Sri Huang Tiong Sii sempat meluangkan masa bersama penyokongnya selepas penamaan calon di Sarikei. Foto: TVS

Bagi saya peluang, saya akan ubah taraf ekonomi Sarikei – Huang

SARIKEI, 5 Nov : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Huang Tiong Sii meminta rakyat memberi peluang kepada beliau untuk terus menyumbang khidmat bakti dan membangunkan Sarikei.

Beliau berazam akan melakukan yang terbaik untuk Sarikei sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mengemudi Parlimen Sarikei.

Malahan, ujarnya tanggungjawab yang digalas akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengubah taraf sosial dan ekonomi rakyat Sarikei.

“Bagi peluang kepada saya lima tahun lagi, saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk Sarikei selaras dengan slogan ‘Utamakan Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus selesai penamaan calon di sini, hari ini.

Pada PRU-15, Tiong Sii  menghadapi pertembungan satu lawan satu menentang calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Roderick Wong Siew Lead.

Tiong Sii, 53, diiringi lebih 500 penyokong GPS pada jam 8.35 pagi di pusat penamaan calon Dewan Suarah Sarikei diiringi pencadang, Lau Hieng Yueh dan penyokong Lau Hieng Moon.

Manakala, Roderick, 32 yang diiringi  penyokong, Yew Tai Hui dan pencadang, Wong Ling Biu pula tiba pada jam 8.50 pagi.

Hadir sama, ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hii, Setiausaha Premier Sarawak, Teng Ung Woo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan