KUALA LUMPUR, 5 Nov : Kerusi Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.
Selepas proses penamaan ditutup kira – kira pukul 10 pagi tadi, Pengurus Pilihan Raya parlimen, Firdaus Said mengesahkan empat calon diterima borang pencalonan.
Mereka ialah wakil Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Dr Rosni Adam daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) dan Khalid Abdul Samad yang mewakili Pakatan Harapan (PH).
Pada PRU-14, kerusi ini dimenangi oleh Datuk Seri Rina Mohd. Haron dengan majoriti 4,319 undi atas tiket PH.
Rina kini beralih ke Parlimen Sepang atas tiket PN. -TVS