MIRI, 5 Nov : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Jeffery Phang Siaw Foong segak bergaya mengenakan kemeja putih tiba di pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Dewan Intrim Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri pagi ini.
Ketibaan beliau pada jam 8.45 pagi ditemani oleh Julaihi Mohamad sebagai penyokong dan Law Kiu Kiong sebagai pencadang sebelum masuk ke dewan untuk menyerahkan borang pencalonan.
Jeffery Phang yang juga merupakan Kanselor Majlis Bandaraya Miri dan Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah diberi kepercayaan oleh GPS untuk mendapatkan kerusi Parlimen P219 Miri.
Suasana di pusat penamaan calon di sini tenang dengan kawalan pihak polis selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Suruhanjaya Jaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa berkaitan. – TVS