Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Roland Sagah Wee Inn (dua dari kanan) bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Kerjaya Sebagai Pendidik di SMK Tarat di sini hari ini. Foto: TVS

Sokongan kepada GPS pastikan kesinambungan suara Sarawak

ByNazirah Adlina

SERIAN, 4 Nov : Sokongan berterusan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini akan memastikan kesinambungan suara Sarawak di Parlimen, kata Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, pengundi perlu yakin kepada GPS untuk memperjuangkan hak Sarawak seperti yang dibuktikan sebelum ini.

“Kita perlu yakin dengan kemenangan GPS. Oleh itu anda (pengundi) perlu undi GPS untuk pastikan suara kita didengari di Dewan Rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Kerjaya Sebagai Pendidik anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Urus Setia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tarat di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Damien Rejek.

Roland Sagah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat mengulas pengumuman calon – calon yang akan bertanding pada PRU-15 oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam.

Menerusi pengumuman itu, GPS mengekalkan Dato Sri Richard Riot Jaem bagi kerusi Parlimen Serian yang dimenangi sejak enam penggal lepas.

Pada 2018, Richard Riot menang dengan majoriti 9,908 undi.

Sementara itu, bagi kerusi Parlimen Puncak Borneo, GPS menamakan Datuk Wille Mongin sebagai calon mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan bahawa PBB merupakan parti yang berdisiplin.

“Di bawah kepemimpinan sedia ada, kita boleh mengatasi apa jua rintangan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan