Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot.

PRU-15: Maklumkan polis jika berarak masa hari penamaan calon

ByAkma Salleh

LIMBANG, 3 Nov: Parti-parti dan juga calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) digesa untuk memaklumkan segera laluan perarakan pada hari penamaan calon kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot berkata, perkara itu selewat-lewatnya perlu dimaklumkan kepada PDRM pada 4 November ini.

“Kita menggesa mana-mana calon yang akan bertanding untuk selewat-lewatnya memaklumkan kepada kita laluan-laluan yang akan digunakan untuk berarak pada kempen nanti esok tepat jam 12 tengahari.

“Jangan lewat kerana ini akan memudahkan pihak kami untuk menyelaraskan semua laluan yang akan digunakan nanti untuk mengelak berlakunya pertembungan perarakan diantara calon bertanding,” katanya pada sesi taklimat pegawai pengurus pilihan raya P. 221 Limbang di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Parum juga mengingatkan pada penyokong agar tidak bertindak agresif semasa menghadiri hari penamaan calon pada 5 November.

“Kita nak hari penamaan dan juga mengundi nanti berjalan lancar serta aman.

“Elakkan untuk membawa sebarang senjata atau barang berbahaya yang boleh menggugat keselamatan orang awam,” tegasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 November sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian awal pula pada 15 November, dan 19 November sebagai hari pengundian PRU-15.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan